Guru perlu menggunakan strategi yang betul dan berkesan dapat membantu dalam memahami konsep matematik yang lebih bermakna. Pelbagai kaedah dan strategi yang telah diketengahkan oleh tokoh-tokoh matematik bertujuan untuk membina konsep matematik. Artikel ini telah membincangkan bagaimana penggunaan beberapa strategi untuk menarik minat dan seterusnya mengembangkan konsep matematik kepada pelajar. Strategi pembelajaran yang berbentuk konsep kendiri, belajar dari penceritaan dan permainan, pengalaman sedia ada dan pemahaman tentang persekitaran dapat membantu pelajar memahami konsep matematik secara lebih bermakna.
Antara strategi yang
telah disarankan di dalam artikel ini adalah seperti :
1.
Penggunaan material untuk mendemonstrasikan perimeter
bulatan, diameter dan jejari
2.
Dari pengalaman sedia ada
Sebagai ibubapa prinsip ini boleh membantu kanak-kanak merasa lebih relax dan kompeten dengan kerja rumah matematik mereka. Sebagai guru pula prinsip ini boleh digunakan untuk mempersembahkan konsep dalam melebarkan lagi pemahaman kanak-kanak ini.

3.
Membuat mnemonics
Mnemonic ini adalah satu alatan untuk memperkukuhkan ingatan di mana ianya boleh menolong pelajar belajar dan mengingat kembali beberapa idea atau konsep yang berbeza. Sebagai contoh BODMAS (bracket of division, multiplication, addition and subtraction)

4.
Manipulasi tubuh badan
Contohnya untuk membantu pelajari mendekati konsep pelbagai saiz ukuran serta membuat perbandingan.

5.
Penggunaan 2 batang pembaris
Teknik ini dapat membantu kanak-kanak ini mengingati fakta matematik dalam operasi penambahan. Bagi sesetangah murid, ianya lebih konkrit berbanding dengan penggunaan objek yang lain.

6.
Memahami corak
Operasi pendaraban mengikut beberapa corak tertentu dimana ada sesetengah corak yang mudah yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran dan pemahaman. Dalam artikel ini juga membincangkan tentang strategi multisensory dan arahan multisensory yang berkaitan dengan visual, audio dan kinestatik. Kanak-kanak secara simulasinya mengaitkan apa yang mereka lihat dan dengar dengan apa yang mereka rasa. Murid akan memperolehi lebih banyak faedah dari aktiviti yang disertai secara aktif. Pembelajaran secara aktif mengembangkan pemahaman kanak-kanak ini seterusnya memperkukuhkan konsep matematik yang lebih bermakna. Teknik multisensory meningkatkan kesedaran yang aktif murid terutamanya yang mengalami cabaran pembelajaran.

Secara
amnya, untuk pengajaran dan pembelajaran matematik bagi kanak-kanak bermasalah
ini dalam memahami konsep matematik, kepelbagaian strategi adalah penting.
No comments:
Post a Comment