10.0 Rumusan
Secara
keseluruhannya, operasi asas matematik dapat membantu murid dalam pelbagai
aspek. Operasi asas matematik meningkatkan daya ingatan dan kefahaman mereka ke
tahap yang lebih tinggi. Pada masa kini, guru boleh menggunakan banyak kaedah
dan strategi dalam pengajaran operasi asas matematik. Kaedah ‘chalk and talk’ kini
tidak sesuai dalam pengajaran matematik tetapi perlu dilakukan pengubahsuaian
supaya kelebihan dan faedah pengajaran berasaskan ‘chalk and talk’ dapat
diperolehi dan dimanfaatkan. Dengan kata lain kepelbagaian dalam kaedah
pengajaran, khususnya dalam pengajaran matematik dapat meningkatkan minat dan
sikap pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Justeru itu para guru
seharusnya dapat meningkatkan kemahiran pengajaran mereka terutamanya yang
meliputi kaedah-kaedah dan strategi pengajaran yang terkini yang terbukti di
lain-lain tempat konteks pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya,
Matematik merupakan salah satu daripada matapelajaran yang agak penting kepada
kita semua kerana kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita sama
ada kita sedar ataupun tidak. Contohnya, dalam urusan jual beli di kedai runcit.
Untuk kanak-kanak khas pula sebelum kita memulakan sebarang rancangan pelajaran
untuk mereka adalah wajar kita mengenalpasti tahap kemahiran murid terlebih
dahulu samaada menerusi Rancangan Pendidikan Individu, ujian, teori Piaget,
analisis hasil kerja murid, pemerhatian, terapi seni dan menerusi ujian
ketajaman penglihatan ataupun pendengaran. Lantaran itu, kita sebagai guru
Pendidikan Pemulihan Khas patut sentiasa peka terhadap teknik-teknik
menggunakan kemahiran tersebut demi memastikan agar kita benar-benar menjadi
guru yang efisien, cekap dan amanah.
No comments:
Post a Comment