total viewer

Saturday, September 21, 2013

Kaedah yang digunakan dalam pengajaran operasi asas matematik

6.1       Penyampaian secara kuliah
Ø  Memperkenalkan tajuk
Ø  Penerangan
Ø  Mempelbagaikan aktiviti
Ø  Komunikasi dengan pelajar -tanya soalan
Ø  Suasana-persekitaran yang menyeronokan
Ø  Mengunakan OHP, slide atau LCD
Ø  Memberi cara, prosidur dan arahan
Ø  Penutup

6.2       Perbincangan
Kaedah mengajar yang mencabar pemikiran, merangsang sikap dan kepercayaan, membina kemahiran interaksi, mengalakkan perkembangan mental dan melatih pelajar berfikir.
Ø  Aspek yang perlu diberi tumpuan:
§  Kerelevanan perbincangan
§  Ketepatan fakta
§  Kesesuaian isi dan idea yang dikemukakan
§  Perjalanan dan suasana perbincangan

6.3       Kaedah inkuiri
Kaedah inkuiri ialah proses pengajaran danpembelajaran yang berorientasikan mencari maklumat, menyoal dan mengkaji.
Ø  Mengkaji masalah
Ø  Membuat ramalan
Ø  Mendapatkan maklumat
Ø  Membuat rumusan

6.4       Kaedah projek
Ø  Memerlukan lebih daripada satu masa pengajaran
Ø  Perlu ada perancangan bersistematik dan berstruktur
Ø  Biasanya lanjutan daripada pengajaran dan pembelajaran yang lepas
Ø  Boleh dijalankan secara individu atau projek
Ø  Mendapat pengetahuan dengan sendiri
                                                                             
6.5        Pembelajaran koperatif
Ø  Suatu strategi pengajaran dimana pelajar saling membantu dalam sebuah kumpulan kecil, dengan mempunyai tujuan dan matlamat yang sama.
Ø  Lima unsur-unsur penting dalam interaksi kumpulan:
·         Persandaran positif
·         Tanggungjawab individu
·         Interaksi promotif
·         Kemahiran sosial
·         Penilaian kumpulan


No comments:

Post a Comment